Bob Dyno
Percuma · Tiada akaun
NADI
Catatan sunyi  ·  Bob Self Development

Sudahkah andamelakukan kebaikanhari ini?

Nadi ialah tempat anda catat kebaikan kecil yang tak perlu sesiapa tahu. Bukan untuk tunjuk. Untuk anda ingat yang anda masih hidup, dan masih berguna.

Maskot Bob Dyno menunjuk ke arah pembaca
Cuba di sini

Garis nadi anda hari ini

Garis rata
0 denyut · hari ini
Tulis biasa-biasa sahaja. Tak perlu ayat cantik.

    Ini demo di dalam pelayar anda sahaja — tiada apa dihantar ke mana-mana. Dalam app sebenar, catatan tersimpan dalam telefon anda dan kekal di situ.

    Kenapa nama dia Nadi
    Bergerak tapi perlahan. Itu lebih baik daripada mati sebelum waktunya.
    Bob Dyno · Build · Inspire · Lead

    Bila kita mula hilang arah, rasa tiada tujuan, atau rasa diri tak berguna — selalunya bukan sebab kita tak buat apa-apa. Kita cuma tak pernah kira.

    Nadi bukan pengukur kejayaan. Ia cuma bukti yang anda masih berdenyut: seorang isteri yang bebannya ringan sikit hari ini, sebuah pasar yang lebih bersih, seekor kucing yang kenyang.


    Apa yang dikira

    Tak semestinya besar. Tak semestinya duit. Yang kecil pun tetap satu denyut.

    01Beri makanan kepada orang susahAtau lebihan makanan anda kepada kucing jalanan. Perut kenyang tetap perut kenyang.
    02Kutip sampah di pantaiOrang lain dapat nikmat tempat bersih tanpa perlu tahu siapa yang kutip.
    03Alihkan dahan kayu di jalanSepuluh saat kerja anda, mungkin satu kemalangan yang tak jadi.
    04Bantu orang sekelilingBawa isteri pergi pasar. Telefon mak. Sedekah RM5 masa solat Jumaat.

    Tiga puluh idea

    Kalau tak tahu nak buat apa hari ni.

    Tekan mana-mana idea — ia akan masuk ke dalam Garis Nadi di atas untuk anda catat.

    Senarai ni bukan senarai semak. Buat satu pun dah cukup untuk hari ni.


    Dalam app

    Tiga skrin sahaja. Tulis, tengok, faham.

    Ada mod terang dan gelap — ikut selesa mata anda. Laman ni pun sama: tekan butang Mod gelap di atas.

    Skrin catatan: soalan apa kebaikan yang kamu lakukan hari ini

    Catat

    Satu soalan setiap hari. Anda taip apa adanya, tekan sekali, habis cerita.

    Senarai catatan kebaikan hari ini dengan label kategori

    Kumpul

    Setiap catatan dilabel sendiri — Keluarga, Komuniti, Pemberian Wang — dan diberi satu ayat kenapa ia bermakna.

    Skrin corak: graf kategori dan refleksi

    Faham

    Selepas beberapa hari, corak keluar sendiri: siapa yang paling anda jaga, dan bahagian mana yang lama tak disentuh.

    Nadi bukan

    • Tempat tayang kebaikan
    • Media sosial
    • Kemegahan
    • Sesuatu yang perlu dibayar

    Nadi adalah

    • Rekod antara anda dan perjalanan hidup anda
    • Dorongan untuk terus berbuat baik
    • Cara bina diri sedikit demi sedikit
    • Percuma, offline, tanpa akaun
    Nota daripada pembina
    Maskot Bob Dyno

    Kerja saya bina aplikasi untuk peniaga kecil — sistem jualan, order online, SOP staf. Semua itu pasal untung dan operasi.

    Nadi bukan pasal itu. Ia lahir daripada satu soalan yang ramai orang simpan tapi jarang tanya kuat-kuat: hari ni saya dah buat apa yang berguna?

    Sebab itu Nadi percuma, dan akan kekal percuma. Tiada iklan, tiada langganan, tiada data anda yang saya kutip. Kalau ia buat seorang sahaja rasa hidupnya masih bermakna hari ni, ia dah berbaloi.

    Bob Dyno · Build · Inspire · Lead
    Soalan lazim

    Soalan yang orang tanya sebelum mula. Tekan untuk buka.

    Betul-betul percuma? Ada bayaran tersembunyi?

    Betul-betul percuma. Tiada langganan, tiada versi pro, tiada iklan. Nadi dibina sebagai sumbangan kepada masyarakat, bukan produk jualan.

    Kena daftar akaun atau bagi nombor telefon?

    Tak perlu. Buka bobdyno.my/sunyi dan terus tulis. Tiada borang, tiada emel, tiada OTP.

    Catatan saya pergi ke mana? Siapa boleh baca?

    Catatan tersimpan dalam telefon anda sendiri, bukan di server kami. Tiada siapa boleh baca — termasuk kami. Sebab itu nama dia Catatan Sunyi.

    Kalau saya tukar telefon atau padam data pelayar?

    Catatan akan hilang bersama, sebab ia memang tak disimpan di mana-mana tempat lain. Itu harga privasi penuh. Kalau ada catatan yang anda sayang, salin keluar dulu sebelum tukar peranti.

    Boleh guna tanpa internet?

    Boleh. Lepas laman terbuka sekali, ia berfungsi walaupun data habis atau anda di tempat tiada liputan.

    Wajib catat setiap hari?

    Tidak. Nadi bukan streak yang menghukum anda bila terlepas. Terlepas seminggu pun tak apa — bergerak perlahan tetap lebih baik daripada berhenti terus.

    Kebaikan kecil pun dikira?

    Itu memang tujuan asal dia. Belanja air, telefon mak, kutip sampah, alihkan dahan di jalan — semua itu satu denyut. Yang besar-besar jarang datang; yang kecil ada setiap hari.

    Ini app agama?

    Bukan. Sesiapa sahaja boleh guna, apa pun pegangan anda. Kalau anda nak catat sedekah atau solat, boleh; kalau anda nak catat tolong jiran angkat barang, pun boleh.

    Siapa bina Nadi?

    Bob Dyno — pembangun aplikasi dari Malaysia, di bawah ekosistem DYNOPRO. Nadi ialah sebahagian daripada Bob Self Development.


    Percuma · Tiada bayaran · Tiada iklan

    Catat kebaikan kecil hari ini.

    Buka Nadi sekarang bobdyno.my/sunyi
    Maskot Bob Dyno memberi isyarat bagus